Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 93 murid ceria dapat duit Raya
  • Selatan
  • WILAYAH

93 murid ceria dapat duit Raya

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Iftar Jamaie pelajar asrama SK Abang Leman Kabong, petang semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Seramai 93 orang murid asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong ceria menerima ‘duit raya’ daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Sumbangan duit raya itu bertujuan meringankan beban murid yang tinggal di asrama SK Abang Leman Kabong dalam menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba.

Dalam ucapannya, Chee Kadir berharap dengan sumbangan duit raya berkenaan, ia sekali gus dapat menggembirakan murid-murid yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

“Penghargaan terima kasih kepada semua guru besar, dan warga pendidik di semua sekolah atas kerjasama, dedikasi, dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak walaupun berhadapan dengan banyak cabaran di tempat mereka bertugas. 

“Mereka ini bukan sahaja menjadi pendidik, tetapi juga berperanan sebagai ejen perubahan kepada komuniti setempat melalaui interaksi dan hubungan yang baik bersama masyarakat tempatan. 

“Peranan warga pendidik di dalam pembentukan modal insan yang berilmu dan berkemahiran amatlah besar dan harus disanjung tinggi,” katanya pada Majlis Iftar Jamaie pelajar asrama SK Abang Leman Kabong, petang semalam.

Chee Kadir juga turut menyeru agar warga pendidik terus berkerjasama dengan wakil rakyat bagi memastikan inisiatif untuk membawa pembangunan kepada sekolah-sekolah terus dipergiat demi kebaikan dan keselesaan murid dan kakitangan sekolah.

Iftar Jamaie bersama pelajar asrama adalah program yang sangat bermakna. Ini adalah waktu di mana pelajar asrama berkumpul untuk berbuka puasa bersama pihak pengurusan asrama dan pengurusan sekolah. 

Selain menikmati hidangan berbuka puasa, ia juga memberi peluang untuk mengeratkan hubungan antara murid, guru dan kakitangan asrama. 

Turut hadir, Datin Meryani Yassin, dan Guru Besar SK Abang Leman Kabong, Majenin Jahar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir di Jambatan Durin kejadian luar biasa – Uggah
Next: Penduduk Sibu, Kapit diingatkan patuhi arahan berpindah segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.