Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 807 murid 13 sekolah rendah terima sumbangan pakaian seragam sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

807 murid 13 sekolah rendah terima sumbangan pakaian seragam sekolah

Utusan Sarawak 5 months ago
TERIMA KASIH… Para penerima sumbangan pakaian seragam sekolah di SJKC Tiong Ho bergambar bersama Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii dan Guru Besar SJKC Tiong Ho, Tiong Chai Yii.

SARIKEI: Seramai 807 orang murid dari 13 sekolah rendah di sini menerima sumbangan pakaian seragam sekolah, baru-baru ini. 

Sumbangan tersebut adalah inisiatif daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Murid-murid yang menerima sumbangan adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sze Lu, SJKC Tiong Ho, SJKC Sing Ming, SJKC Hua Kee, Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Andin, SJKC Su Dok, SJKC St Martin, SK Assun, SJKC Su Ming, SJKC Su Tak, SK Tanah Putih, SK Sungai Petai dan SJKC Hua Nam. 

Hadir bagi menyerahkan sumbangan tersebut kepada para penerima adalah pasukan Pusat Khidmat Repok selaku wakil Tiong Sii. 

Sementara itu, Tiong Sii berkata, beliau menyumbangkan pakaian seragam sekolah kepada murid dan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Sarikei dan Repok. 

“Bidang pendidikan sentiasa menjadi tumpuan saya kerana ia sangat penting untuk masa depan generasi muda. 

“Sumbangan ini adalah turut bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, sumbangan tersebut juga bagi membantu para murid dan pelajar sempena sesi awal persekolahan 2025.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ayam riuh ular sawa bertandang
Next: Program OSC antara pendekatan PDRM perangi isu dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.