Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 58 PPS dibuka, jumlah mangsa banjir di Sarawak cecah 9,948 orang
  • SEMASA

58 PPS dibuka, jumlah mangsa banjir di Sarawak cecah 9,948 orang

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan trend meningkat dengan mencecah 9,948 orang daripada 2,807 ketua isi rumah (KIR).

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat 8.00 pagi tadi, sebanyak 58 PPS masih beroperasi di enam bahagian di Sarawak iaitu di Bahagian Bintulu, Serian, Samarahan, Kuching, Miri dan Sibu.

Satu PPS Baharu di Bahagian Miri iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu telah dibuka dan menempatkan 81 mangsa daripada 21 KIR.

Bahagian Bintulu mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,830 orang dengan sembilan PPS beroperasi dan mencatatkan peningkatan di PPS Naim Paragon (1,111 mangsa).

Selain itu, daripada 19 PPS yang beroperasi di Bahagian Serian, PPS Slabi Entukuh dan PPS Gelanggang Futsal Tertutup Serian masing-masing menunjukkan peningkatan jumlah mangsa dengan 56 mangsa di PPS Slabi Entukuh dan 355 mangsa di PPS Gelanggang Futsal tertutup Serian.

Di Bahagian Samarahan, jumlah mangsa kekal di sembilan PPS manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sampun Tebun dan PPS SK Haji Kekali Semera masing-masing mencatatkan peningkatan dengan 86 dan 81 mangsa.

Sementara itu, jumlah mangsa di empat PPS di Bahagian Kuching kekal tidak berubah iaitu seramai 495 orang.

Bahagian Miri pula menyaksikan peningkatan di PPS Dewan kampung Sukan dengan jumlah 41 mangsa dan jumlah mangsa menurun du PPS SMK Suai kepada 37 mangsa daripada 10 KIR.

Dalam pada itu, hanya PPS kompleks Sukan Kanowit di Bahagian Sibu mencatatkan peningkatan dengan 83 mangsa manakala jumlah mangsa di empat lagi PPS kekal tidak berubah.

Selain itu, dua PPS turut dibuka bagi menempatkan mangsa tanah runtuh di Bahagian Miri, manakala satu PPS menempatkan sembilan keluarga mangsa kebakaran di Bahagian Sibu.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat pagi ini, Bintulu paling terjejas
Next: MIS sumbang RM200,000 bantu mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.