IPU Miri cecah 151, kualiti udara tidak sihat

Facebook
WhatsApp
TIDAK SIHAT . ..Kualiti udara di Miri berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 151 setakat 10.50 pagi ini.

MIRI: Kualiti udara di Miri berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 151 setakat 10.50 pagi ini.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU 151 direkodkan di kawasan Miri, manakala satu lagi stesen pemantauan di ILP mencatatkan bacaan 119.

Keadaan itu menunjukkan kualiti udara di kawasan berkenaan semakin merosot dan boleh memberi kesan kepada golongan sensitif, terutama kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Orang ramai disaran mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan, terutama sekiranya keadaan kualiti udara terus bertambah buruk.

Bacaan IPU boleh berubah mengikut keadaan cuaca, arah angin dan sumber pencemaran semasa. Justeru, orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini menerusi sistem APIMS JAS.

Oleh Liong Chai Ling