KUCHING: Seramai 50 pelatih Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Kuching menyertai Program Perkongsian Ilmu dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya anjuran Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Sarawak, petang semalam.
Program bertujuan memberi pendedahan awal mengenai kepentingan amalan pemanduan berhemah terutamanya kepada golongan remaja dalam lingkungan usia 18 ke 20 tahun.
Antara pengisian ilmu pada program tersebut ialah para peserta diberi taklimat dan tips Keselamatan jalan raya.
Turut diadakan sesi soal jawab turut selepas sesi perkongsian ilmu bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi soalan tentang keselamatan jalan raya.
Perkongsian ilmu disampaikan oleh Muhai Muhamed dari UKJRK JPJ Negeri Sarawak.
Turut hadir, Timbalan Ketua UKJRK JPJ Negeri Sarawak Juty Sigam.
JPJ Negeri Sarawak dalam satu entri di laman media sosial facebook berharap agar para peserta dapat mengamalkan tips – tips keselamatan jalan raya yang dikongsikan demi kebaikan semua pengguna di atas jalan raya kelak.