Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 475 anak Sarawak di Semenanjung terima ‘duit raya’
  • SEMASA

475 anak Sarawak di Semenanjung terima ‘duit raya’

Utusan Sarawak 2 months ago
SUNGKE BERSAMA… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kenamaan lain merakam kenangan bersama para pelajar semasa majlis Sungke Anak Sarawak 2025 di KLCC, hari ini. Foto UKAS

KUALA LUMPUR: Seramai 475 pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Sarawak, menerusi majlis Sungke Anak Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 392 penerima merupakan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), 36 orang di bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak, tujuh dalam kalangan anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak termasuk 40 anak-anak kakitangan Rumah Sarawak Kuala Lumpur.

Sumbangan berupa duit raya dan makanan itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi sambil ditemani Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

DISAMBUT MERIAH… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta yang lain disambut meriah semasa tiba bagi menghadiri majlis Sungke Anak Sarawak 2025 di KLCC, hari ini. Foto UKAS

Turut serta, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof, Yang Di-Pertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Dalam pada itu, para pelajar juga telah dimaklumkan bahawa mereka boleh membuat permohonan bagi mendapatkan komputer riba percuma serta bantuan baucar buku melalui laman web Yayasan Sarawak, yang akan dibuka bermula 23 Mac hingga 30 April ini.

Permohonan ini khusus kepada penuntut Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) anak Sarawak.

Majlis anjuran Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 2,000 jemputan, terdiri daripada warga Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan rakan-rakan strategik kerajaan.

Hadir sama, Menteri-menteri Persekutuan dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan dan Sarawak, Pengarah Yayasan Sarawak Datu Mersal Abang Rosli serta dif-dif kenamaan yang lain.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah, sebelum menikmati juadah moreh yang disediakan. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa di Sarawak kekal, Sabah, Johor catat penurunan
Next: Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah, Sarawak menurun kepada 8,274 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.