Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 422 kanak-kanak dalam senarai menunggu OSEIC Kuching
  • SEMASA

422 kanak-kanak dalam senarai menunggu OSEIC Kuching

Utusan Sarawak 5 months ago
BERMESYUARAT… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat OSEIC Sarawak di Bilik mesyuarat OSEIC.

KUCHING: Seramai 536 kanak-kanak telah mendaftar di Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) Kuching dan 55 kanak-kanak di OSEIC Dalat setakat 31 Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata majoriti kanak-kanak yang mendaftar adalah terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami Gangguan Spektrum Autisme (ASD) dan kelewatan pertuturan.

”Selain itu, senarai menunggu (waiting list) untuk OSEIC Kuching telah mencecah 422 kanak-kanak manakala tiada senarai menunggu di OSEIC Dalat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat OSEIC Sarawak di Bilik mesyuarat OSEIC di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mesyuarat turut membincangkan rancangan penubuhan OSEIC Samarahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Dalam pada itu, bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat peluang menjalani intervensi awal, OSEIC Sarawak Miri akan ditubuhkan di Miri dan dijangka siap pada awal tahun depan.

Menurut Fatimah, setakat ini, seramai lebih 34 kanak-kanak dari Samarahan dan sembilan kanak-kanak dari Serian kini mengikuti sesi di OSEIC Kuching.

”Sehubungan itu, penubuhan pusat ini juga dijangka memberikan perkhidmatan lebih dekat kepada komuniti setempat selain memenuhi permintaan tinggi ini.

”Mesyuarat ini turut menyemak dan meluluskan laporan pelaksanaan program bagi 2024 dan juga bajet 2025 untuk OSEIC Kuching, Dalat dan Miri.

”Sarawak terus bertekad memastikan semua kanak-kanak mendapat peluang yang sama untuk berkembang dan berdikari melalui intervensi awal yang menyeluruh,” tambahnya.

Untuk rekod, OSEIC Sarawak ditubuhkan bagi perkhidmatan diagnosis dan intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas, agar mereka lebih berdikari dan bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan formal.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sibu Jaya buat julung kali terpilih lokasi sambutan Ambang Tahun Baharu
Next: STF anjuran SMA landasan baik kukuhkan landskap perniagaan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.