Eksklusif: DUN Sarawak bersidang 12 Oktober?

Facebook
WhatsApp
DUN Sarawak dijangka bersidang 12 Oktober ini.

KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka diawalkan dan berlangsung antara 12 hingga 21 Oktober depan, menurut sumber yang boleh dipercayai.

Sumber yang mengetahui perkembangan berkenaan berkata, tarikh tersebut telah dimaklumkan menerusi surat yang baru diterima pihak berkaitan, sekali gus mengesahkan persidangan DUN tidak akan berlangsung seperti kebiasaan pada November.

“Ya, confirm (sah). Baru-baru ini kami sudah menerima surat 12 hingga 21 Oktober,” katanya.

Satu lagi sumber yang mengetahui perkara itu turut mengesahkan bahawa persidangan DUN sememangnya akan diadakan pada Oktober, bukan lagi sekadar khabar angin.

“Ini bukan lagi khabar angin, memang pasti sidang DUN akan diadakan sekitar Oktober,” katanya.

Perkembangan itu menarik perhatian berikutan spekulasi bahawa persidangan DUN yang diawalkan mungkin mempunyai kaitan dengan kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sebelum ini berkata kemungkinan persidangan DUN diadakan pada Oktober tidak semestinya mempunyai kaitan dengan PRN.

Beliau berkata persidangan DUN Sarawak lazimnya diadakan dua kali setahun dan perubahan bulan persidangan daripada November kepada Oktober bukan sesuatu yang luar biasa.

“Saya melihatnya lebih kepada proses persidangan Dewan itu perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam satu tahun,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Karim sebelum ini turut menyifatkan proses pelaksanaan pilihan raya menggunakan 99 kerusi DUN sebagai sukar diselesaikan dalam tempoh berbaki tahun ini, mengambil kira proses persempadanan yang perlu dilalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata proses mempamerkan cadangan persempadanan sahaja boleh mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum melalui proses seterusnya di Parlimen.

Oleh Shahrul Qaizat

Jerebu: Serian, Lundu catat IPU 189

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 189 setakat 12.00 tengah hari ini, turun

IPU Serian masih tertinggi, catat 197

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 197 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam