Jerebu masih jejas tujuh kawasan Sarawak

Facebook
WhatsApp
DATA pemantauan kualiti udara menunjukkan IPD Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 187 setakat 4.00 petang ini, diikuti Tebedu (185) dan Lubok Antu (184).

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 187 setakat 4.00 petang ini, masih berada dalam kategori tidak sihat.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Tebedu mencatat bacaan 185, Lubok Antu (184), Lundu (179), Kuching (177), Sri Aman (173) dan Samarahan (172), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Miri mencatat bacaan 89, diikuti Mukah (87), Sarikei dan Samalaju masing-masing 86, ILP Miri (82), Sibu dan Limbang masing-masing 74, Kapit (65), Bario (53) serta Lawas (97), kesemuanya pada tahap sederhana.

Jerebu: Serian, Lundu catat IPU 189

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 189 setakat 12.00 tengah hari ini, turun