Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 warga prasekolah adakan lawatan sambil belajar ke BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

40 warga prasekolah adakan lawatan sambil belajar ke BBP Bintangor

Utusan Sarawak 4 months ago
PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti yang dijalankan semasa lawatan sambil belajar warga Tadika Perpaduan Taman Bintang ke BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor 
 

BINTANGOR: Seramai 40 warga Tadika Perpaduan Taman Bintang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor. 

Ketua BBP Bintangor Mahmudin Narudin berkata, lawatan tersebut bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang, baru-baru ini. 

“Seramai 20 orang kanak-kanak tadika dan 20 orang guru pengiring termasuk ibu bapa menyertai lawatan sambil belajar ini. 

“Pelbagai pengisian aktiviti dijalankan oleh pihak kami sepanjang lawatan,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, antara pengisian aktiviti termasuklah taklimat ringkas berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran dan pencegahan kebakaran di premis seperti sekolah, pusat asuhan dan pusat didikan. 

“Selain itu, turut dijalankan adalah latihan “Berhenti, Rebah dan Guling”, demonstrasi menggunakan salur bantu mula, latihan merangkak tatacara menyelamatkan diri dan latihan tatacara pengendalian kenakaran dapur memasak khusus kepada guru dan ibu bapa yang hadir. 

“Para peserta juga berpeluang menaiki jentera bomba dan menyaksikan pameran jentera. 

“Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntuk RM41 juta naik taraf Tebingan Sungai Bintangor
Next: Huang bekalkan bahan binaan kepada Rumah Jawi Abu, Sungai Gemuan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.