3M2L: Cadangan Pan Baram 200 kilometer diteliti

Facebook
WhatsApp

MIRI, 7 November: Cadangan pembangunan jaringan jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman Baram menerusi laluan Miri-Marudi-Mulu-Long Panai-Long Lama (3M2L) akan diteliti bagi meningkatkan kesalinghubungan serta membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan pembinaan jalan sepanjang kira-kira 200 kilometer yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala itu mempunyai potensi besar dalam memperluas jaringan perhubungan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, perancangan terperinci perlu dilakukan bagi menentukan jajaran, spesifikasi serta jenis jalan yang sesuai, selain memastikan kesepaduannya dengan rangkaian jalan raya Miri-Marudi-Mulu-Long Panai-Long Lama (3M2L).

“Jalan yang dicadangkan oleh Datuk Gerawat adalah kira-kira 200 kilometer. Kita perlu merancang dengan teliti dari segi kesalinghubungan jalan raya serta jenis jalan yang perlu dibina.

“Saya fikir ini satu cadangan yang baik kerana ia akan membuka kawasan berkenaan kepada aktiviti ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media  selepas merasmikan Pusat Kebudayaan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, pembangunan rangkaian jalan raya berkenaan juga perlu mengambil kira perubahan landskap ekonomi semasa yang semakin memberi penekanan kepada pemuliharaan hutan dan perdagangan karbon.

Katanya, kawasan yang sebelum ini bergantung kepada aktiviti pembalakan perlu beralih kepada pendekatan ekonomi baharu berasaskan kelestarian sumber hutan.

Oleh Liong Chai Ling

3M2L: Cadangan Pan Baram 200 kilometer diteliti

MIRI, 7 November: Cadangan pembangunan jaringan jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman Baram menerusi laluan Miri-Marudi-Mulu-Long Panai-Long Lama (3M2L) akan diteliti