Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 315,809 koperasi berdaftar catat perolehan cecah RM64.4 bilion  
  • SEMASA

315,809 koperasi berdaftar catat perolehan cecah RM64.4 bilion  

Utusan Sarawak 6 months ago
MESRA… Dato Sri Mohd Naroden Majais bermesra bersama peserta Majlis Perasmian Program Seminar “Cabaran Ekonomi: Peluang Kelangsungan Perniagaan Koperasi” di bandar raya Kuching, hari ini.

KUCHING: Koperasi berpotensi menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi setempat, kata Timbalan Premier merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Potensi terbabit menurut beliau dibuktikan apabila sebanyak RM64.4 bilion perolehan dicatat oleh 315,809 koperasi yang telah berdaftar dalam negara ini sambil melibatkan penyertaan seramai 7.2 juta anggota setakat Disember tahun lepas.

“Di Sarawak pula, sejumlah RM368.97 juta perolehan telah pun dicatatkan oleh 1,190 koperasi yang melibatkan 313,917 anggota.

“Angka ini secara tidak langsung membuktikan bahawa gerakan koperasi juga menjadi sebagai salah satu platform bagi tujuan pertumbuhan ekonomi negara ini dan juga Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penasihat (PKS) MINTRED, Dato Sri Mohd Naroden Majais pada majlis perasmian Program Seminar “Cabaran Ekonomi : Peluang Kelangsungan Perniagaan Koperasi” di sini, hari ini.

Sementara itu, perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS), termasuk koperasi, katanya,  sedang berdepan cabaran dalam pertumbuhan dan daya saing yang disebabkan oleh kos operasi tinggi, kurang pengamalan kelestarian perniagaan, jalinan rendah dengan firma besar dan ketinggalan dalam pendigitalan.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak menyedari cabaran ini dan menggariskan enam fokus  utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada 2025 bagi mentransformasi dan memperkukuhkan sokongan koperasi.

“Pihak Institut Koperasi Malaysia (IKMa) juga turut menyokong usaha pembangunan keusahawanan termasuk koperasi dengan memberikan latihan dan bimbingan untuk perkembangan koperasi di Sarawak,” kata Awang.

Beliau turut menambah kerajaan Sarawak komited terhadap pembangunan usahawan menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang bertujuan menjadikan Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Sejak 2021, sejumlah RM193 juta telah diluluskan untuk 8,900 usahawan melalui program bantuan kewangan sementara lebih 30,000 usahawan menerima sokongan dalam pembangunan kapasiti dan promosi produk.

“Agensi-agensi seperti SME Bank dan Amanah Ikhtiar Malaysia juga telah menyokong lebih 177,000 usahawan Sarawak dengan nilai bantuan RM2.6 bilion,” katanya.

Justeru, kerajaan, katanya, berharap agar gerakan koperasi di Sarawak akan menjadi institusi berdaya saing dan berdaya maju serta mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan (TKPPMI) IKMa, Mohd Zaib Mat Yunus, Setiausaha Tetap MINTRED Sarawak , Dzulkornain Masron dan Pengarah IKMa Zon Sarawak, Siti Maimunah Jerni dan 350 peserta.

Terdahulu, program ini adalah merupakan anjuran IKMa Zon Sarawak dengan kerjasama MINTRED Sarawak dengan tujuan adalah untuk berkongsi peranan institusi kerajaan berkaitan dasar-dasar yang menyokong ekosistem koperasi, usahawan serta pengalaman koperasi berdepan cabaran situasi genting ekonomi.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tengku Permaisuri Selangor berangkat tiba di Kuching
Next: Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.