Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 30 belia sertai program khas anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

30 belia sertai program khas anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sibu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK KENANGAN… Ling (enam kanan, depan) merakam kenangan bersama para peserta program anjuran intern Pusat Khidmat Parlimen Sibu di Pintu Gerbang Sibu, hari ini.

SIBU: Seramai 30 peserta menyertai program khas anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sibu yang dikendalikan oleh para pelatih (intern), bertujuan mendekatkan golongan belia dengan sejarah, budaya serta peluang keusahawanan di sekitar kawasan bandar lama Sibu.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling, berkata program ini merupakan salah satu tugasan utama yang diberikan kepada setiap kumpulan pelatih yang menyertai pusat khidmat tersebut pada setiap pengambilan baharu.

“Setiap tahun saya akan mengambil intern dan tugaskan mereka untuk menganjurkan satu program yang melibatkan golongan belia. Matlamatnya adalah untuk melibatkan anak muda serta membawa mereka meneroka kawasan bersejarah di Sibu,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di Pintu Gerbang Sibu, hari ini.

Menurutnya, ini merupakan kali ketiga program seumpama itu diadakan, dan bagi edisi kali ini, elemen baharu diperkenalkan iaitu pengenalan kepada dunia keusahawanan.

“Kami mahu mereka belajar cara memulakan perniagaan. Program ini turut merangkumi aktiviti mencipta dan menjual produk mereka sendiri di sekitar kawasan bandar lama Sibu,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, antara objektif utama program ini adalah untuk membantu anak muda mengenali latar belakang sejarah dan budaya tempatan.

“Apabila mereka melanjutkan pelajaran ke tempat lain, mereka boleh berkongsi mengenai keunikan sejarah dan tarikan Sibu dengan rakan-rakan dari negeri lain. Itulah matlamat utama kami,” jelasnya.

Sebagai penutup program, katanya, satu sesi perkongsian khas akan diadakan pada sebelah malam, menampilkan seorang usahawan tempatan yang berjaya.

Usahawan tersebut akan berkongsi pengalaman dan perjalanan beliau dalam memulakan perniagaan.

“Kami berharap melalui sesi ini, para peserta akan mendapat inspirasi dan motivasi untuk memulakan langkah pertama mereka dalam dunia keusahawanan.

“Kesemua 30 peserta dibahagikan kepada enam kumpulan, dengan lima orang setiap kumpulan, untuk melaksanakan misi meneroka, belajar dan mencabar diri menerusi pelbagai aktiviti sepanjang hari,” tambahnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Suasana meriah majlis ramah tamah Aidilfitri Komuniti Madani Sri Rajang, PAWE Sibu
Next: Banjir: Umum peruntukan baik pulih, tapak baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.