BINTANGOR: Seekor ular sawa yang menceroboh reban ayam di belakang sebuah rumah di Jalan Sungai Janting Utara berjaya ditangkap pasukan bomba pada pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.17 pagi.
“Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Gara Ensonin bersama dua anggota bomba bergehas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa berada di reban ayam belakang rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, pasukan bomba memulakan operasi pada 7.20 pagi dengan membuat penilaian awal terhadap keadaan di lokasi sebelum tindakan menangkap reptilia tersebut dilakukan.
“Pasukan bomba bertindak menangkap ular sawa menggunakan alat penjerut ular.
“Setelah berjaya ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam dan khidmat khas selesai sepenuhnya pada 7.32 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek




