KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 projek Persekutuan bernilai bawah RM50 juta telah diluluskan di bawah Kementerian Kerja Raya untuk pelaksanaan projek infrastruktur di Sabah dan Sarawak dari 2018 hingga 2022, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pelaksanaan projek infrastruktur khususnya melibatkan projek mengganti atau membaik pulih jambatan uzur dan projek pembaikan atau pembinaan semula cerun di sepanjang jajaran jalan yang berstatus jalan Persekutuan.
Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis tentang bilangan dan jumlah projek bawah RM50 juta bagi 2018 hingga 2022 (mengikut tahun) yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak serta jumlah projek yang telah berjaya disiapkan. – Bernama