Miri catat IPU tidak sihat, Betong tiada data terkini

Facebook
WhatsApp
MIRI catat IPU tidak sihat, Betong tiada data terkini

KUCHING, 11 Oktober: Miri mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 104 setakat tengah hari ini, berbanding 96 setakat 8.00 pagi tadi, manakala Betong tidak mempunyai data terkini.

Menurut Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) menerusi status IPU Sarawak hari ini, bacaan Miri meningkat lapan mata dalam tempoh empat jam, sekali gus berubah daripada kategori sederhana kepada tidak sihat.

Pada 8.00 pagi tadi, Betong (MCAQM) mencatat bacaan 171 pada tahap tidak sihat, namun tiada data terkini direkodkan bagi kawasan itu setakat tengah hari.

Kuching mencatat bacaan 86 berbanding 93 pada 8.00 pagi, manakala Samarahan turun daripada 78 kepada 76 dan Serian meningkat daripada 71 kepada 73.

Bacaan Sri Aman turun daripada 67 kepada 65, Sarikei meningkat daripada 82 kepada 84, Sibu turun daripada 88 kepada 87, manakala Mukah kekal pada 79 dan Kapit pada 66.

Bintulu meningkat daripada 95 kepada 98, manakala Samalaju kekal pada 98. Bacaan ILP Miri turun daripada 86 kepada 83, Limbang daripada 85 kepada 84 dan Lundu meningkat daripada 95 kepada 96.

Tebedu meningkat daripada 62 kepada 64, Lubok Antu turun daripada 76 kepada 73, Kanowit meningkat daripada 85 kepada 87, Belaga daripada 71 kepada 74, Lawas daripada 89 kepada 91, manakala Bario kekal pada 63.

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan antara 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.