Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 127 pelajar UNIMAS balik kampung
  • SEMASA

127 pelajar UNIMAS balik kampung

Utusan Sarawak 5 years ago

NUR AIN OTSMAN

KOTA SAMARAHAN: Seramai 127 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kolej I-Systems berangkat balik ke kampung halaman masing-masing di Sibu, semalam.

Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, pergerakan pertama pelajar pulang ke kampung ini menggunakan lapan buah bas.

“Pihak kami telah mengenalpasti pelajar yang terlibat dan penghantaran itu akan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mereka yang terlibat bukan sahaja terdiri daripada pelajar UNIMAS, malah melibatkan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain,” katanya ketika ditemui pada Program Pergerakan Penghantaran Pelajar IPT Pulang di sini.

Dalam pada itu, untuk pelajar di bahagian lain pula mereka akan dihantar pulang pada hari ini (1 Mei) ke Miri dan Bintulu dan 2 Mei ke Betong, Sebuyau, Asajaya, Serian, Bau, Lundu, Sarikei dan Sri Aman.

“Setiap bas hanya dibenarkan membawa 20 orang pelajar sahaja. Manakala untuk 270 pelajar dari Semenanjung, mereka turut mula dihantar pulang pada 1 Mei (hari ini),” ujarnya lagi.

Jelasnya, sebelum pelajar ini pulang mereka telah melalui saringan kesihatan bagi memastikan bahawa tiada gejala Covid-19 sebelum menaiki bas dan menuju ke destinasi masing-masing.

“Untuk UNIMAS sahaja, kita mempunyai lebih kurang 4, 000 pelajar  untuk dihantar pulang dan mereka akan mengikut fasa masing-masing yang mana 2, 900 orang daripadanya dari Semenanjung dan Sabah,” katanya lagi.

bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang mengambil keputusan untuk terus kekal di kampus ketika ini.

“Sebilangan pelajar memilih kekal di kampus oleh kerana jaringan internet sukar dicapai di kampung mereka bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran atas talian.

“Pelajar yang mengambil keputusan sedemikian, pihak kami telah sepakat untuk terus menjaga kebajikan mereka,” ujarnya.

Bagi pelajar luar negara pula, pihak UNIMAS sedang mengurus mereka secara berasingan dan ramai antara mereka masih kekal di sini kerana kebanyakannya adalah pelajar pasca siswazah.

“Pengajian mereka tidak begitu terkesan dengan apa yang berlaku kerana mereka masih berurusan dengan penyelia masing-masing melalui atas talian dan kebanyakan  tinggal di luar kampus DAN cuma sebahagian kecil di dalam kampus,” tambahnya lagi.

Continue Reading

Previous: Penduduk Lundu, Sematan perlu lebih banyak mesin ATM
Next: Sarawak tidak laksana PKPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.