Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 12 projek dalam pembinaan di Miri
  • TEMPATAN

12 projek dalam pembinaan di Miri

Utusan Sarawak 5 years ago
AKTIVITI pembinaan jalan rancak di kawasan HDA 14/7

MIRI: Sebanyak 12 projek jalan sedang dalam pembinaan bakal dinikmati penduduk di Daerah Miri, Marudi, Telang Usan dan Beluru dalam tempoh dua tahun lagi.

Pembinaan jalan ini bermula tahun ini kini sudah melihat pencapaian yang positif walaupun aktiviti pembinaan terpaksa ditangguh akibat Perintah Kawalaqn Pergerakan (PKP) selama beberapa bulan.

Kini, kebanyakan tapak pembinaan melibatkan aktiviti pembukaan tapak, penurapan tanah dan kerja saliran.

Antara projek terlibat adalah pembinaan dan penaiktaraf jalan di Daleh Long Peluta, Long Miri dan Uma Bawang, Long Lama dan Long Bedian, Long Semiang dan Long Banga Junction ke Pa Dalih.

Selain dari 12 projek ini, lapan lagi projek sedang dalam peringkat reka bentuk manakala tujuh lagi di peringkat tender.

Dalam pada itu, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan untuk 20 projek bekalan air.

Manakala, untuk projek bekalan elektrik, satu projek masih dalam peringkat reka bentuk dan satu lagi di peringkat tender.

Semua projek ini menelan kos sebanyak RM1.5 bilion dan di bawah seliaan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan apabila siap, ia akan memudahkan perhubungan jalan dan meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

HDA merangkumi kawasan seluas 18,463 kilometer persegi (km²) dengan kira-kira 100,000 penduduk.

Continue Reading

Previous: Pusat Perkhidmatan Ulu Merapok pemangkin kemajuan
Next: Kajian pengeluaran durian berkualiti giat dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.