Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yayasan Sarawak tangguh bayaran balik pinjaman
  • TEMPATAN

Yayasan Sarawak tangguh bayaran balik pinjaman

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING : Selaras dengan arahan kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan premis kerajaan akibat wabak Covid-19, Yayasan Sarawak mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan.

Pengarahnya Azmi Bujang memberitahu bayaran balik pinjaman itu adalah bagi bulan Mac sehingga Ogos.

“Namun, kepada peminjam yang masih ingin membayar pinjaman pelajaran, mereka boleh berbuat demikian dan menghantar salinan bukti pembayaran melalui boring maklum balas di laman web rasmi Yayasan Sarawak.

“Sementara untuk permohonan skim pembiayaan pendidikan, semua permohonan yang diterima pada 18 Mac 2020 akan diproses pada 15 April nanti,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, tarikh sah laku bagi penerimaan tawaran skim pembiayaan Yayasan Sarawak dan tarikh akhir bagi pengembalian dokumen tawaran pula dilanjutkan kepada dua bulan daripada tarikh dokumen tersebut.

Kata Azmi, premis Yayasan Sarawak juga ditutup mulai 18 Mac sehingga 14 April 2020.

Pihak pengurusan yayasan juga menasihati para pelanggan supaya sentiasa menjaga kesihatan masing-masing dan memastikan arahan daripada pihak berkuasa dipatuhi sepenuhnya, ujarnya.

Tambahnya lagi, keputusan yayasan adalah tertakluk kepada apa-apa perubahan dari semasa ke semasa.

Sebarang soalan boleh diajukan menerusi Borang Maklum Balas di laman web rasmi yayasan Sarawak . 

Continue Reading

Previous: Pasar Tani dibuka di seluruh Sarawak
Next: Elak pembelian panik, bekalan makan mencukupi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.