Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Yayasan Sarawak hulur sumbangan kepada 12 mangsa kebakaran
  • SEMASA

Yayasan Sarawak hulur sumbangan kepada 12 mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 5 months ago
WATSON (dua, kiri) menyampaikan cek bernilai RM2,000 kepada salah seorang penerima di sini, hari ini. 

SIBU: Nasib malang mangsa kebakaran di Kampung Hilir di sini, terus mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Yayasan Sarawak yang tampil menghulurkan bantuan kepada 12 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas.

Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Sarawak, Watson Chunggat Leonard Doo, turun padang menyampaikan sumbangan berbentuk cek bernilai RM2,000 kepada setiap KIR dalam satu majlis ringkas di Pejabat Daerah Sibu, hari ini.

Menurut Watson, usaha ini sejajar dengan tanggungjawab Yayasan Sarawak dalam membantu mangsa bencana seperti yang termaktub dalam perlembagaan organisasi tersebut.

“Kami di Yayasan Sarawak sentiasa berusaha membantu apabila dimaklumkan mengenai bencana atau malapetaka. Oleh itu, kami hadir hari ini untuk meringankan beban mangsa,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 17 rumah musnah dan lebih 130 orang hilang tempat berteduh dalam kejadian pada lewat petang 22 September lalu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Tabung Haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.