IPU Serian tertinggi di Sarawak, catat 188 pagi ini

Facebook
WhatsApp
BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) Serian mencatat paras tertinggi di Sarawak iaitu 188 setakat 8.00 pagi hari ini.

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian mencatat bacaan tertinggi di Sarawak iaitu 188 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam kategori tidak sihat.

Bacaan turut menunjukkan keadaan tidak sihat di Samarahan (163), Kuching (154), Tebedu (144) dan Lubok Antu (133).

Bagaimanapun, keadaan di kebanyakan kawasan lain kekal dalam kategori sederhana, dengan Sri Aman mencatat IPU 82, Betong (84), Kanowit (76), Sibu dan Lundu masing-masing 74, Lawas (65), Kapit (62), Bintulu (59), Limbang (58), Samalaju dan Miri masing-masing 55, Mukah dan ILP Miri masing-masing 53 serta Sarikei (52).

Sementara itu, Bario merekodkan bacaan terendah iaitu 49, berada dalam kategori baik.