Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yayasan OBYU sumbang van jenazah kepada LAKIL Lundu
  • TEMPATAN

Yayasan OBYU sumbang van jenazah kepada LAKIL Lundu

Utusan Sarawak 7 months ago
SERAH… Datuk Ahmadi Yusoff dan Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu bergambar di hadapan van jenazah sumbangan Yayasan OBYU.

KUCHING: Yayasan OBYU menyumbang sebuah van jenazah kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL), semalam.

Van bernilai RM131,195 itu diserahkan oleh Ahli Lembaga Amanah Yayasan OBYU, Datuk Ahmadi Yusoff kepada Pengerusi LAKIL Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu di Pejabat Yayasan OBYU di sini, semalam.

Sebelum ini, Yayasan OBYU mengumumkan bahawa pihaknya akan menyumbang van berkenaan kepada LAKIL beberapa minggu lalu.

Datuk Ahmadi ketika ditemui berharap sumbangan tersebut dapat memudahkan urusan kebajikan dan pengurusan jenazah yang dilaksanakan oleh LAKIL.

Untuk rekod, Yayasan OBYU setakat ini telah menyumbang hampir RM10 juta untuk pelbagai tujuan termasuk mengadakan program biasiswa untuk anak-anak daripada keluarga asnaf di Sarawak.

Yayasan OBYU ditubuhkan pada 2018 yang merupakan wadah dermawan untuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) OBYU.

Selain itu, yayasan itu juga memberi tumpuan dalam pendidikan, aktiviti keagamaan dan membantu komuniti yang kurang berkemampuan.

Projek utama semasa Yayasan OBYU ialah pembangunan masjid Diraja berkapasiti 3,600 jemaah di Eco Arrdence, sebuah perbandaran yang sedang dibangunkan oleh cabang hartanah OBYU, Cascara Sdn Bhd di Setia Alam, Selangor. 

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembesaran Lapangan Terbang Miri, babitkan tambahan dua jambatan aero – Loke
Next: Persiapan di Padang Merdeka terjejas sebab banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.