Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WHO, Turki meterai perjanjian buka pejabat
  • GLOBAL

WHO, Turki meterai perjanjian buka pejabat

Utusan Sarawak 5 years ago
MENTERI Kesihatan Turki Fahrettin Koca pada sidang media bersama dengan Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah Hans Henri Kluge. • Foto AFP

ANKARA: Turki dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis menandatangani perjanjian untuk membuka pejabat WHO di Istanbul, lapor agensi berita Xinhua. 

“Kami berharap WHO akan menjadi lebih proaktif terutama dalam keadaan darurat kesihatan,” kata Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca pada sidang media bersama dengan Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah Hans Henri Kluge.

“Tujuan kami adalah untuk menyediakan tindak balas sewajarnya bagi berdepan situasi kemanusiaan yang mungkin berlaku di kawasan ini,” kata Kluge.

Turki melaporkan 1,024 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 209,962 setakat ini.

Seramai 18 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka korban sehingga kini 5,300 manakala 2,879 lagi pesakit pulih, meningkatkan jumlah kes sembuh kepada 190,390, kata Menteri Kesihatan Turki. 

Seramai 1,179 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi.  Turki melaporkan kes Covid-19 pertamanya pada 11 Mac.- Bernama

Continue Reading

Previous: 14 maut dalam tanah runtuh
Next: Wartawan saman Presiden Brazil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.