Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Waspada budaya kunjung-mengunjung
  • TEMPATAN

Waspada budaya kunjung-mengunjung

Utusan Sarawak 4 years ago
ERAT HUBUNGAN … Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk kampung pada Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangan Pantai Damai Prihatin di Kampung Selang Ulu, semalam.

KUCHING: Umat Islam di Sarawak masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 walaupun diberi kebenaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pematuhan SOP penting untuk memastikan usaha mengekang pandemik Covid-19 berjaya.

“Setiap SOP yang dikeluarkan termasuk ketika musim perayaan adalah untuk manfaat semua terutama dalam mengekang Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangan Pantai Damai Prihatin di Kampung Selang Ulu, semalam.

Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, masyarakat juga perlu sentiasa berwaspada dengan budaya kunjung-mengunjung hanya melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Jangan pula kita menganjurkan rumah terbuka kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan atau penyebaran Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, jawatankuasa pengurusan masjid dan surau perlu menyediakan SOP khas untuk Solat Sunat Aidilfitri kelak.

“Setakat ini kebenaran diberikan untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dan jawatankuasa pengurusan perlu menyediakan SOP yang lengkap.

“Bezanya kali ini, tiada jamuan dibenarkan selepas selesai solat seperti sebelum ini,” jelasnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Menyantuni Permasalahan Golongan Belia
Next: SABERKAS Pelawan sumbang kipas kepada Hospital Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.