Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas tersepit kereta langgar pokok
  • KEMALANGAN

Warga emas tersepit kereta langgar pokok

Utusan Sarawak 7 months ago

TERSEPIT...Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dalam kemalangan di Jalan Miri-Bintulu, hari ini.

MIRI: Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun cedera selepas kereta  yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Miri-Bintulu di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2.12 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak dua kilometer dari balai.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta perodua Myvi melanggar pokok dan seorang mangsa masih tersepit dalam kereta. 

“Pihak bomba terus menjalankan operasi mengeluarkan  mangsa dengan menggunakan peralatan khas,”katanya.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan sebelum diberi rawatan lanjut oleh pasukan perubatan.

Operasi itu  tamat pada 2.48 petang.

Continue Reading

Previous: Tiga terselamat kenderaan terlibat dalam kemalangan kendiri
Next: Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.