Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut kemalangan
  • KEMALANGAN

Warga emas maut kemalangan

Utusan Sarawak 2 months ago
MALANG TIDAK BERBAU… Nahas jalan raya yang berlaku di Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan petang tadi.

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal berusia 62 tahun maut dalam kemalangan di KM13 Jalan Datuk Mohd Musa, petang tadi.

Ketua Polis Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin menjelaskan, kejadian berlaku sekitar 6.30 petang ketika mangsa yang dikenali sebagai Lo Sing Juk, menunggang motosikal dari Pusat Beli-Belah Summer menuju ke Jalan Stakan.

“Siasatan awal mendapati motosikal tersebut hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kiri jalan berhampiran satu simpang keluar,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 6:40 petang.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala motosikal miliknya dibawa ke Balai Trafik Polis Kota Samarahan bagi pemeriksaan lanjut.

OLEH CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Kereta terbabas dalam parit, warga emas selamat
Next: 56 ‘titik panas’ kerap kemalangan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.