SELANGAU: Berpantang maut sebelum ajal.
Seorang wanita bernasib baik apabila terselamat dalam kemalangan membabitkan kereta dipandunya dan sebuah lori balak di Simpang Rumah Jamban, Nanga Lebai, Jalan Selangau-Sibu, malam tadi.
Ketua Zon Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Andy Alie, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.36 malam.
“Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun hanya mengalami cedera ringan.
“Mangsa masih sedar dan tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau, berkata pasukan bomba mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau.
“Pasukan turut menjalankan kerja pembersihan sisa kemalangan dan memastikan jalan raya selamat digunakan.
“Operasi tamat sepenuhnya pada 10.10 malam,” tambahnya.
Oleh Akun Giman