KUALA LUMPUR, 4 Oktober: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 dikesan berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 7.37 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 4.6 darjah utara dan 96.3 darjah timur dengan kedalaman 30 kilometer (km), kira-kira 59 km timur laut dari Meulaboh, Indonesia.
“Gegaran mungkin dirasai di sekitar negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama




