Wanita selamat kemalangan kendiri

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
REMUK… Kereta dipandu seorang wanita remuk selepas terlibat dalam kemalangan kendiri
di tepi parit hadapan sebuah rumah Jalan Kanowit-Durin.

KANOWIT: Seorang wanita terselamat meskipun kereta yang dipandunya remuk dalam kemalangan kendiri di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit, Jalan Kanowit-Durin petang Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Arrahman Chik berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.09 petang sepasukan anggota dari BBP Kanowit diketuai oleh PBK II Labang Bunsu dikerah ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta, telah terbabas di tepi parit di hadapan sebuah rumah,” ujarnya.

Menurutnya, mangsa, 33, telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Pasukan bomba bertindak memindahkan mangsa ke tempat yang selamat. Mangsa mengalami keadaan trauma dan sedar ketika dipindahkan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan perubatan yang turut berada di lokasi untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat pada jam 2.30 petang,” ujarnya.

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare