Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi RM33,400 terpedaya pelaburan tidak wujud
  • JENAYAH

Wanita rugi RM33,400 terpedaya pelaburan tidak wujud

Utusan Sarawak 6 months ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang jurujual wanita kerugian RM33,400 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang disebarkan melalui aplikasi What’sApp.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan projek hotel dan rumah yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Suspek memberikan penerangan terperinci tentang pelaburan tersebut, meminta mangsa menyerahkan maklumat peribadi, dan membuat bayaran secara berperingkat ke akaun yang diberikan,” katanya menerusi siaran media.

Katanya, mangsa melakukan enam transaksi ke dalam dua akaun tempatan antara 19 hingga 21 November lalu.

“Setelah semua bayaran dibuat, mangsa cuba mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan tetapi diarahkan oleh suspek untuk membayar tambahan sebelum pengeluaran dapat dilakukan.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan lalu segera membuat laporan polis. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan,” katanya.


Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Pengurus pasar raya kena tipu RM549,000
Next: Warga asing ditahan disyaki edar dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.