Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut, teman lelaki cedera dilanggar lari pikap
  • KEMALANGAN

Wanita maut, teman lelaki cedera dilanggar lari pikap

Utusan Sarawak 2 years ago
KEADAAN kerangka motosikal yang rosak teruk selepas terlibat kemalangan langgar lari di Jambatan Batu Kawa, tengah malam tadi.

KUCHING: Seorang wanita maut, manakala teman lelakinya cedera selepas terlibat kemalangan langgar lari di Jambatan Batu Kawa di sini, tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian pada 12.43 tengah malam itu melibatkan sebuah motosikal dan pikap.

“Motosikal yang dinaiki pasangan itu  berada di lorong sebelah kiri atas Jambatan Batu Kawa, dilanggar oleh sebuah pikap dari arah belakang mengakibatkan kedua-duanya tercampak di atas jalan raya.

“Berikutan kejadian pemandu pikap terbabit melarikan diri dari tempat kejadian bersama kenderaannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata, wanita berusia 23 tahun terbabit dikenali sebagai Nur Ashikin Benny merupakan jurujual berasal dari Simunjan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau berkata, teman lelaki mangsa yang berusia 22 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan telah dibawa ke HUS untuk rawatan.

Abang Zainal berkata, kedua-dua mangsa dari MJC Batu Kawa menuju balik ke Kampung Sejijak Matang.

Menurut kenyataan itu juga, pihak polis akan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bagi mengesan identiti kenderaan terbabit dan saksi kejadian juga diminta tampil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Rumah terbakar, dua penghuni sempat selamatkan diri
Next: Salah seorang dua beradik kembar meninggal dunia dipercayai lemas terjatuh sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.