Wanita cedera, tersepit dalam kereta terlibat kemalangan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang wanita cedera akibat tersepit di dalam keretanya yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Merbau di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 2.40 pagi.

Katanya,  sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan operasi mendapati mangsa wanita merupakan pemandu Perodua Viva tersepit di tempat duduk pemandu manakala pemandu Toyota Estima tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa  tersepit sehingga berjaya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya,  setelah berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak ambulan Hospital Miri yang turut berada di lokasi kejadian untuk menerima rawatan.

Operasi tamat, 3.08 pagi.

NADMA giat nilai keperluan PPS di Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang giat menilai keperluan kemudahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sarawak