Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan kendiri di Selangau
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan kendiri di Selangau

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan seorang mangsa kemalangan yang terbaring di atas jalan raya selepas motosikal dinaiki bersama seorang lagi mangsa terbabit dalam kemalangan kendiri di Simpang Impian, Jalan Sibu-Bintulu, Selangau.

SELANGAU: Seorang lelaki cedera parah, manakala pembonceng wanita turut mengalami kecederaan selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan kendiri di Simpang Impian, Jalan Sibu-Bintulu, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.21 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi pada 6.25 petang, pasukan bomba mendapati sebuah motosikal terbabas di tengah jalan, manakala kedua-dua mangsa mengalami kecederaan.

Anggota bomba membantu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menstabilkan keadaan mangsa, sementara pembonceng wanita telah dibawa menaiki ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Klinik Selangau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas menyerahkan Denis kepada petugas perubatan serta membersihkan sisa kemalangan di lokasi, operasi yang melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera bomba ditamatkan pada 6.35 petang.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera selepas MPV terbalik di Batu Kawa
Next: Pertembungan dua lori hampir ragut nyawa kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.