Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita cedera parah ditikam kekasih
  • JENAYAH

Wanita cedera parah ditikam kekasih

Utusan Sarawak 8 months ago
KETUA Polis Daerah Jempol 
Superintenden Hoo Chang Hook

JEMPOL: Seorang wanita warga Indonesia cedera parah di muka, perut dan bahu akibat ditikam kekasihnya dalam kejadian di Taman ACBE, Bahau, Jempol di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara pasangan itu di sebuah rumah pada 3.30 petang.

Beliau berkata punca pergaduhan ialah kerana wanita berusia 40 tahun itu ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh lelaki berusia 38 tahun itu yang naik berang sebelum menikam mangsa.

“Suspek, yang merupakan warga Myanmar (Rohingya), bertindak memukul mangsa dan mengambil pisau lalu menyerang mangsa.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, dengan denda atau sebatan. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Polis Bau tahan suspek 23 tahun, rampas dadah RM31,727.04 
Next: Warga emas rugi lebih RM200,000 ditipu tawaran kerja dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.