Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Vozinha jadi sensasi Piala Dunia
  • SUKAN

Vozinha jadi sensasi Piala Dunia

Utusan Sarawak 8 hours ago

Penjaga gol Cape Verde, Vozinha, melambai ke arah penyokong selepas pasukannya tewas 2-3 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di Stadium Miami, Florida, Amerika Syarikat, pada 3 Julai 2026. — Foto AFP

MIAMI: Penjaga gol Cape Verde, Josimar Jose Evora Dias atau lebih dikenali sebagai Vozinha, muncul antara bintang paling mencuri perhatian pada Piala Dunia 2026 apabila jumlah pengikut media sosialnya melonjak daripada sekitar 50,000 kepada lebih 20 juta.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu menjadi watak penting membantu Cape Verde, negara paling kecil pernah layak ke Piala Dunia, mara sehingga pusingan 16 terbaik sebelum tewas 2-3 kepada Argentina.

Sepanjang kejohanan, Vozinha melakukan 18 penyelamatan termasuk lapan ketika menentang Argentina, sekali gus meletakkannya dalam kelompok penjaga gol berusia 40 tahun ke atas dengan jumlah penyelamatan terbanyak dalam sejarah Piala Dunia.

Menurut data Opta, hanya Peter Shilton (28 penyelamatan pada 1990) dan Dino Zoff (27 pada 1982) mengatasi rekodnya.

Prestasi cemerlangnya bermula selepas aksi seri tanpa jaringan menentang Sepanyol pada 15 Jun, yang disifatkan BBC sebagai antara kejutan terbesar kejohanan.

Dalam tempoh beberapa jam selepas perlawanan itu, jumlah pengikut Instagramnya melonjak melebihi tujuh juta sebelum meningkat kepada lebih 20 juta sebaik kejohanan berakhir.

Lonjakan itu turut menyaksikan Vozinha mengatasi jumlah pengikut beberapa bintang NFL termasuk Tom Brady dan Patrick Mahomes.

Syarikat Apex Marketing menganggarkan populariti luar biasa itu menjana nilai jenama sekitar AS$17.7 juta (kira-kira RM75 juta) menerusi liputan media sosial, televisyen dan media cetak.

Dilahirkan di pulau Sao Vicente, Vozinha hanya bergelar pemain profesional pada usia 25 tahun selepas berdepan pelbagai cabaran, termasuk faktor ketinggian.

Kontraknya bersama kelab divisyen dua Portugal, Chaves, turut berakhir minggu ini, menjadikannya ejen bebas dan kini terbuka menerima tawaran daripada kelab luar negara termasuk Brazil. – Agensi

Continue Reading

Previous: Piala Dunia: Presiden Paraguay percaya tahyul, jurulatih sifatkan Perancis sebagai ‘ribut petir’
Next: Peningkatan kemudahan lonjak pembangunan sukan golf di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.