Vietnam buka hotel emas pertama di dunia

Facebook
WhatsApp
HOTEL Dolce Hanoi memiliki 400 bilik dan akan dikendalikan di bawah jenama ‘American Wyndham Hotels’. • Foto AFP

HANOI: Selepas 11 tahun dibina, hotel apartmen lima bintang pertama yang disalut dengan emas di Vietnam akhirnya membuka pintunya.

Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renang.

Hotel terbabit menggunakan 5,000 kaki persegi seramik dan ditawarkan pada harga £250 (RM1,334.92) untuk semalam.

Hotel yang dibina di Tasik Giang Vo itu turut menyediakan unit apartment berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.

Pembinaan hotel berasaskan emas itu membabitkan AS$200 juta (RM857.50 juta).

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara