Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • UTS dahului sasaran, rekod kemasukan lebih 4,000 pelajar   
  • SEMASA

UTS dahului sasaran, rekod kemasukan lebih 4,000 pelajar   

Utusan Sarawak 8 months ago
UNTUK ALBUM… Dr Annuar merakam kenangan bersama pelajar kemasukan baru pada majlis Sumpah Ikrar Mahasiswa Sarjana Muda ambilan September 2024 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah berjaya mencapai lebih daripada 4,000 pelajar, satu tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan.

Pengerusinya, Datuk Dr Annuar Rapaee menyatakan bahawa kemasukan ambilan September ini menjadikan jumlah pelajar UTS kini sebanyak 4,218 dengan 210 kakitangan akademik.

“Apabila saya mengambil alih jawatan Pengerusi universiti ini, ia berlaku di tengah-tengah pandemik Covid-19, saya menyedari bahawa semua orang memberi tumpuan kepada kesihatan.

“Bilangan pelajar menurun, bukan sahaja di UTS tetapi di seluruh dunia, kerana ramai yang ragu untuk meneruskan pengajian di universiti atau lebih memilih pembelajaran hibrid.

“Oleh itu, UTS turut terjejas pada 2021, namun pasukan kami telah bertekad untuk meningkatkan jumlah pelajar kepada 4,000 menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sumpah Ikrar Mahasiswa Sarjana Muda ambilan September 2024 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Menurutnya, sasaran itu telah berjaya dicapai sebelum 2025.

“Bagi sebuah universiti yang berusia lebih 10 tahun, kita seharusnya berasa bangga dengan pencapaian ini.

“Ini bermakna kita berada di landasan yang betul untuk membina sebuah universiti yang akan diiktiraf dan menjadi pilihan bukan sahaja oleh rakyat Sarawak, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD).

Turut hadir Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak dapat tambahan 1,040 guru ambilan khas, jumlah kini 2,180
Next: Teroka industri hijau rebut sekurang-kurangnya 200,000 pekerjaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.