Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha lahirkan pemain golf profesional komuniti Bidayuh
  • Selatan
  • WILAYAH

Usaha lahirkan pemain golf profesional komuniti Bidayuh

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN…. Dr Simon Sinang Bada bergambar bersama ahli Kelab TOGAP Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebakang pada majlis ramah mesra bersama ahli kelab berkenaan, semalam. Foto UKAS

TEBEDU: Kelab TOGAP Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebakang terus mengorak langkah dalam usaha melahirkan pemain golf profesional dalam kalangan komuniti Bidayuh.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada, penubuhan kelab tersebut bertujuan memperkenalkan sukan golf kepada masyarakat Bidayuh, di samping melahirkan atlet berbakat yang mampu mewakili Sarawak dalam temasya seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

AMANAT… Dr Simon Sinang Bada berucap pada majlis ramah mesra bersama ahli kelab berkenaan, semalam.

“Sejak penubuhannya pada 2021, kelab ini aktif menyertai kejohanan seperti Saixon Malaysia Junior 2022 Development Tour, 2nd KGS Junior Open Championship 2023 dan pertandingan di Kelab Golf Miri tahun ini,” katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli kelab berkenaan, semalam.

Tambahnya, semangat dan usaha ahli kelab harus diteruskan agar mereka mampu bersaing dengan kelab golf lain di negeri ini.

Ketika ini, Kelab TOGAP SMK Tebakang mempunyai 33 ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah dan diiktiraf sebagai kelab golf pertama yang ditubuhkan di sekolah menengah dalam Daerah Serian dan Tebedu.

Sebagai sokongan kepada pembangunan kelab, Dr Simon telah meluluskan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 untuk membantu pengurusan aktiviti dan latihan ahli di Samarahan Golf Club.

“Dengan adanya sokongan ini, saya yakin lebih ramai bakat muda dari SMK Tebakang akan muncul dan bersinar dalam arena golf,” jelas beliau. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Seberang Sarikei nikmati perhubungan lebih baik
Next: 85 JKKK terima dana RM8.3 juta melalui Program SejaTi MADANI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.