Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • UOB Malaysia, StoreHub bantu perniagaan F&B kecil
  • BISNES

UOB Malaysia, StoreHub bantu perniagaan F&B kecil

Utusan Sarawak 5 years ago
PELANGGAN UOB Malaysia boleh terus melanggan sistem operasi StoreHub pada kadar 20 peratus lebih rendah daripada harga langganan pakej sedia ada.

KUALA LUMPUR: UOB Malaysia telah bekerjasama dengan syarikat teknologi perniagaan, StoreHub, bagi membantu perniagaan makanan dan minuman (F&B) kecil mengurangkan kos operasi berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk khidmat penghantaran makanan dalam talian.

Melalui kerjasama ini, pelanggan perniagaan F&B kecil bank boleh mendigitalkan operasi pesanan makanan mereka dan menjimatkan kos apabila menggunakan sistem operasi runcit berasaskan tablet StoreHub dan khidmat penghantaran makanan dalam talian, Beep Delivery.

Dalam satu kenyataan semalam, ia berkata, dengan fi transaksi Beep Delivery yang hanya dua peratus ke atas jualan dalam talian mereka, perniagaan F&B dapat menjimatkan lebih banyak kos berbanding menggunakan perkhidmatan daripada pasaran penghantaran makanan yang mengenakan bayaran sehingga 30 peratus.

Perniagaan ini akan menerima tablet digital StoreHub yang dilengkapi dengan sistem perisian tempat jualan (POS) yang disesuaikan bagi membolehkan mereka menguruskan transaksi secara dalam talian dan juga di kedai mereka.

“Sistem ‘semua dalam satu’ ini membantu perniagaan F&B mendapat maklumat terkini tentang menu, pergerakan inventori stok dan resit jualan serta mengeluarkan laporan aktiviti jualan harian,” kata UOB Malaysia.

Bank itu menambah ia akan memberi subsidi kepada pelanggan yang melanggan sehingga enam bulan ke sistem operasi StoreHub supaya mereka dapat memenuhi permintaan pengguna.

Selepas itu, pelanggan UOB Malaysia boleh terus melanggan sistem operasi StoreHub pada kadar 20 peratus lebih rendah daripada harga langganan pakej sedia ada.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem operasi StoreHub, pelanggan UOB Malaysia boleh menghubungi Pusat Panggilan Perbankan Perniagaan Bank di +603-2616 6800 atau kunjungi uob.my/storehub. – Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia tawar diskaun untuk penerbangan domestik
Next: Belanjawan 2021 tumpu pendidikan, keusahawan, kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.