

TANGKAP ULAR… Anggota APM Sarikei berjaya menangkap ular sawa, awal pagi tadi. Foto APM Sarikei
SARIKEI: Seekor ular sawa sepanjang satu meter berjaya ditangkap oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, awal pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari penghuni rumah di Lorong 1, Jalan Masjid Lama sekitar 5.26 pagi.
“Empat orang anggota APM Sarikei bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Sampai di lokasi, didapati ular sawa sepanjang satu meter berada di bahagian dapur rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, ular berjaya ditangkap dengan menggunakan peralatan khas.
“Ular ditangkap dalam tempoh lebih kurang tiga minit.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 5.39 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek