Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • UK hampiri rekod suhu 30 darjah celsius pada awal tahun
  • GLOBAL

UK hampiri rekod suhu 30 darjah celsius pada awal tahun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ORANG ramai berehat di bawah sinaran matahari di Wimbledon Common, di barat daya London pada 1 Mei 2025, kerana suhu di London telah mencapai rekod baharu untuk 1 Mei daripada 28C. Foto AFP

LONDON: Khamis dijangka menjadi hari paling panas tahun ini setakat ini di United Kingdom, dengan ramalan suhu boleh mencecah 30 darjah Celsius iaitu paling awal yang pernah direkodkan.

UK mungkin akan mengalami permulaan bulan Mei yang paling panas dalam sejarah, dengan ahli meteorologi Pejabat Meteorologi Michael Silverstone, mengatakan suhu boleh mencecah ’29C atau bahkan 30C,’ lapor PA Media/dpa.

Beliau menambah, “Jika suhu mencapai 30C pada Khamis, ini akan menjadi tarikh paling awal dalam bulan Mei yang mencatatkan suhu 30C sejak rekod bermula pada 1860.”

Pejabat Meteorologi melaporkan suhu mencapai 26.7 darjah di Wisley, Surrey pada Rabu – menjadikannya hari paling panas tahun ini setakat ini.

Rekod sebelumnya ialah 24.5 darjah di St James’s Park, London, pada Isnin, yang mencatatkan 24.7 darjah pada Selasa.

Walaupun suhu meningkat mendadak, Pejabat Meteorologi menolak kemungkinan gelombang panas minggu ini.

Silverstone berkata ia kelihatan ‘tidak mungkin’ UK akan mencapai gelombang panas – yang ditakrifkan sebagai tiga hari berturut-turut dengan suhu melebihi “ambang gelombang panas,” yang berbeza di seluruh negara.

Ambang tersebut adalah 25 darjah untuk kebanyakan UK, meningkat kepada 28 darjah di London.

“Memang benar ia mungkin hampir tercapai di beberapa tempat di selatan, dengan suhu hari ini atau Jumaat mungkin hanya gagal melepasi ambang yang diperlukan,” kata Silverstone.

Cuaca panas ini juga mungkin mencabar rekod suhu tertinggi April di Wales, yang mencatatkan 26.2 darjah.
Namun, suhu dijangka mereda menjelang Jumaat, dan Sabtu akan membawa cuaca lebih sejuk dengan suhu antara 14 darjah hingga 18 darjah di seluruh UK.

Pasukan Bomba London (LFB) telah mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati ketika berenang di perairan terbuka selepas kejadian berkaitan air meningkat sebanyak 32 peratus pada bulan lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Craig Carter, Penolong Pesuruhjaya LFB bagi pencegahan dan perlindungan, berkata: “Walaupun matahari bersinar, suhu air boleh menjadi sangat sejuk. Kejutan air sejuk boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tidak kira sejauh mana tahap kecergasan atau pengalaman mereka.” – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribuan berhimpun di Taiwan tuntut syarat kerja lebih baik
Next: Harris kritik Trump dalam ucapan umum pertama selepas kekalahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.