Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ujian saringan Covid-19, 2,000 sehari
  • TEMPATAN

Ujian saringan Covid-19, 2,000 sehari

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Hospital Umum Sarawak memberi jaminan bahawa mereka yang memerlukan ujian Covid-19 boleh hadir untuk melakukan ujian tersebut.

Apabila ditanya oleh Utusan Sarawak mengapa ramai orang ditolak daripada melakukan ujian walaupun mengalami gejala, Dr. Sim berkata, ia telah diumumkan melalui media bahawa Hospital Umum Sarawak dan UNIMAS mempunyai kapasiti untuk menjalankan 2,000 ujian sehari.

Dr. Sim meminta orang ramai supaya tidak panik tetapi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan jika perlu keluar harus melakukan penjarakkan sosial untuk mengelakkan penyebaran penyakit.

Beliau berkata, adalah penting bagi semua untuk tidak menyebarkan berita palsu tetapi mengekalkan gaya hidup yang bersih.

Sehingga Isnin, terdapat tujuh kematian dan 135 kes positif dan 1,176 PUI. Dua lagi kematian telah direkod semalam.

Continue Reading

Previous: PDRM, RELA periksa 21 kenderaan
Next: 26 daerah zon hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.