Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • TYT teruskan kunjungan pada Syawal keenam
  • Utara
  • WILAYAH

TYT teruskan kunjungan pada Syawal keenam

Utusan Sarawak 1 month ago
KETIBAAN Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut meriah semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri ke kediaman Datuk Rosey Yunus di Taman Bumiko, hari ini.

MIRI: Kunjungan Aidilfitri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi diteruskan pada Syawal keenam ke kediaman beberapa pemimpin tempatan di sini, hari ini.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi bersama isteri memulakan kunjungan ke kediaman Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Dr Ripin Lamat di Jalan Airport Miri pada 12.15 tengah hari.

Selepas itu, kunjungan tersebut diteruskan pula ke kediaman Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni di Jalan Sim Kheng Hong, Jalan Bakam Miri pada 1.45 petang sebelum berkunjung ke kediaman Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak yang juga ADUN Bekenu, Datuk Rosey Yunus di Taman Bumiko pada 2.45 petang.

TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bersama yang lain merakam gambar semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri di kediaman Datuk Rosey Yunus di Taman Bumiko, hari ini.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Residen Bahagian Miri Galong Luang, ketua-ketua jabatan kerajaan serta pemimpin dan wakil ketua masyarakat.

Terdahulu pada sebelah pagi, Tun Pehin Sri Wan Junaidi serta isteri turut berpeluang menyertai majlis Hari Raya Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Melayu Miri, yang diadakan di Stadium Tertutup di sini.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pintu gerbang Kampung Tengah Betong muncul johan
Next: Sungai Sebedil, Batang Igan berpotensi sebagai skim penanaman padi, penternakan udang air tawar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.