Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT rakam takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri
  • SEMASA

TYT rakam takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri

Utusan Sarawak 3 months ago

Foto Bernama

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, yang berlaku awal pagi tadi.

Wan Junaidi dalam kenyataan media menzahirkan dukacita terhadap insiden yang meragut nyawa beberapa mangsa serta berdoa mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Al-Fatihah dan salam takziah buat seluruh mangsa yang pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan syuhada,” katanya.

Wan Junaidi turut menyampaikan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa atas usaha mereka dalam menangani situasi itu.

Beliau turut menekankan kepentingan aspek keselamatan bagi penduduk yang tinggal di kawasan berbukit dan tanah tinggi serta menggesa pihak berkuasa untuk melakukan pemeriksaan serta pemantauan berterusan bagi mengelak insiden seumpama itu daripada berulang.

Menurut laporan terkini, mangsa kelima yang dikenal pasti mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh itu iaitu wanita warga emas dikenali sebagai Fatimah Dawi ditemui pada jam 6.06 petang tadi. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri
Next: Banjir: Jumlah mangsa di Sarawak, Sabah terus meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.