Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT, isteri singgah di kedai nasi kandar di Pulau Pinang
  • SEMASA

TYT, isteri singgah di kedai nasi kandar di Pulau Pinang

Utusan Sarawak 4 months ago

Wan Junaidi dan isteri mengamin doa sebelum menjamah nasi kandar di Pulau Pinang. Foto ihsan Astana Negeri Sarawak.

PULAU PINANG: Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 12:55 tengah hari tadi, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi bersama keluarga dan rombongan meneruskan perjalanan ke sebuah kedai nasi kandar yang dikenali sebagai antara destinasi ikonik makanan tempatan.

Menurut Wan Junaidi, lawatan ke kedai nasi kandar itu adalah atas saranan penduduk setempat yang menyifatkan hidangan di sana sebagai “legenda.” 

“Kami sekeluarga hanya mengikut cadangan dan amat teruja mencuba juadah terkenal ini,” katanya secara santai.

Singgah makan di kedai nasi kandar merupakan salah satu daripada usaha beliau dan keluarga untuk mendekati budaya serta keunikan kulinari Pulau Pinang. 

Lawatan santai ini turut menambah warna dalam babak kedua percutian rasmi beliau di negeri tersebut.

Continue Reading

Previous: Umat Islam perlu manfaat keberkatan 1 Rejab – TYT
Next: Cadang nama satelit ‘Kenyalang 1’ untuk dilancarkan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.