Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT hadiri majlis kesyukuran Maulidur Rasul di Mukah
  • SEMASA

TYT hadiri majlis kesyukuran Maulidur Rasul di Mukah

Utusan Sarawak 8 months ago

MUKAH: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah menyempurnakan majlis kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Masjid Setia Raja di sini malam tadi.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan ADUN Daro, Safiee Ahmad. 

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Ia diikuti dengan ceramah khas Maulidur Rasul oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin, solat Isyak berjemaah dan zikir marhaban.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, merangkap ADUN Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah dan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.

Foto Ihsan Astana Negeri Sarawak

Continue Reading

Previous: Senyuman Sabahan’, ‘Bujang Sarawak’ pukau hadirin pada sambutan Hari Malaysia 2024
Next: Sabah tetap pertahan kedaulatan dalam Malaysia – Ketua Menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.