IPU Lubok Antu tertinggi di Sarawak, catat 194 petang ini

Facebook
WhatsApp
BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) Lubok Antu mencatat paras tertinggi di Sarawak iaitu 194 setakat 2.00 petang hari ini.

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lubok Antu mencatat bacaan tertinggi di Sarawak iaitu 194 setakat 2.00 petang ini, berada dalam kategori tidak sihat.

Bacaan turut menunjukkan keadaan tidak sihat di IPD Serian (176), Samarahan (169), Kuching (166), Betong (160), Sri Aman (158), Bintulu dan Tebedu masing-masing 155, Sibu, Miri dan Kanowit masing-masing 152, Samalaju (128), Lundu (122), Limbang (103) serta ILP Miri (101).

Bagaimanapun, keadaan di beberapa kawasan lain kekal dalam kategori sederhana, dengan Sarikei mencatat IPU 99, Kapit (85), Bario (76) dan Lawas (74).

Sementara itu, Mukah tidak mempunyai data terkini berdasarkan kemas kini IPU pada 2.00 petang.