Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tunggu arahan Bukit Aman
  • TEMPATAN

Tunggu arahan Bukit Aman

Utusan Sarawak 5 years ago
SAC Denis Leong Soon Kuai pada sidang media perkembangan Covid-19 di Dewan Undangan Negeri lama di Kuching semalam.

KUCHING: Polis Sarawak masih menunggu garis panduan daripada Bukit Aman untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, apabila garis panduan tersebut akan diterima daripada Bukit Aman dalam masa terdekat agar tindakan lebih drastik dapat diambil oleh pihak polis termasuk mengenakan kompaun.

“Pada ketika ini, pihak kita masih memberi nasihat dan teguran kepada orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak.

“Pemakaian pelitup muka ini adalah mandatori atau wajib di tempat-tempat awam yang sesak seperti pasar raya, pasar tani, pasar malam dan sebagainya di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan.

“Begitu juga apabila berada di dalam pengangkutan awam seperti bas termasuk kenderaan e-hailing juga diwajibkan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini semalam.

Menurutnya, pelitup muka tidak perlu digunakan apabila berada di dalam kenderaan persendirian dan juga bagi kanak-kanak berusia dibawah dua tahun.

“Namun kita menasihatkan ibu bapa untuk tidak membawa anak-anak kecil mereka ke tempat awam yang sesak.

“Isu sekarang adalah bagaimana untuk menentukan pelitup muka itu perlu dipakai atau tidak walaupun  ia adalah wajib dipakai apabila berada ditempat awam yang sesak dimana penjarakan penjarakan fizikal sukar diamalkan.

“Contohnya, tidak wajib pakai apabila anda berada di padang bola sepak atau pantai yang tidak terdapat ramai orang,” jelasnya.

Beliau turut menasihati pembonceng dan penunggang motosikal untuk memakai pelitup muka itu jika penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan seperti apabila berada di lampu isyarat kerana terdapat banyak motosikal lain turut sama menunggu lampu isyarat.

Mengulas mengenai isu tular seorang penuggang motosikal di Miri yang dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka, beliau berkata belum melihat video itu.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Lelaki bujang tinggal sehelai sepinggang
Next: KMKK disaran kemas kini rekod kawasan masing-masing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.