Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi zahir ucapan Hari Pekerja 2026, hargai sumbangan semua golongan pekerja
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi zahir ucapan Hari Pekerja 2026, hargai sumbangan semua golongan pekerja

Utusan Sarawak 4 hours ago
TUN Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan kepada seluruh pekerja sempena Hari Pekerja.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja di Sarawak, sambil menegaskan setiap peranan mempunyai nilai tersendiri dalam pembangunan negeri.

Beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, dalam perutusan Hari Pekerja menyifatkan semua pekerjaan, sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta, sebagai mulia dan penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.

Menurut beliau, tema sambutan tahun ini, ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ serta tema Sarawak ‘Pekerjaan Cemerlang, Sarawak Maju Makmur’, mencerminkan peranan besar pekerja sebagai nadi pembangunan negeri.

“Aspek kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja perlu sentiasa diberi perhatian bagi menjamin kemajuan yang mampan dan seimbang,” katanya dalam perutusan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua pihak untuk terus memperkukuh budaya kerja profesional, berintegriti serta bersemangat berpasukan.

Beliau yakin sinergi antara pekerja, majikan dan kerajaan akan memastikan Sarawak terus melangkah maju sebagai negeri yang makmur, berdaya saing dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Cadangan penerbangan terus AirBorneo Kuching-Kuantan sebelum akhir tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.