Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi ICM
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi ICM

Utusan Sarawak 4 months ago

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, menerima kunjungan hormat delegasi Inns of Court Malaysia (ICM) di Astana Negeri Sarawak, 11.00 pagi tadi.

Delegasi tersebut diketuai Presiden ICM merangkap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peluasan aktiviti dan inisiatif ICM ke Malaysia Timur, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Perbincangan melibatkan cadangan penganjuran seminar, perkongsian ilmu perundangan, dan pertukaran idea bagi memperkukuh kefahaman, jaringan profesional, serta pembangunan kapasiti dalam bidang kehakiman.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ICM Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Naib Presiden ICM Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril, dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Mary-Ann Ooi Suan Kim, Profesor Dr. Jason Chuah Chin Tik, Tan Kee Heng, Datuk Seri Lim Hock Seng, Hakim

Mahkamah Tinggi Kuching Leonard David Shim, serta Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Wong Siong Tung.

Tun Wan Junaidi menghargai komitmen dan usaha ICM dalam memperluaskan program ke Malaysia Timur.

Justeru, berharap inisiatif ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan sistem kehakiman di Sarawak dan Sabah, sekali gus menyumbang kepada kemajuan serta pemerkasaan institusi perundangan negara secara keseluruhan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cermin gelap antara tumpuan Ops Cahaya JPS
Next: Sejarah PBB penuh dengan pengorbanan, kejayaan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.